Sunday, July 1, 2012

rural

Pengenalan

Teori penempatan pusat merupakan model struktur "spatial" yang paling banyak dikaji dan dikenali di dalam bidang perancangan wilayah. teori ini dihasilkan dari kajian walter christaller (ahli geografi) dalam kajian asasnya. "The Central Places of Southern Germany" dalam tahun 1930 an dan juga dari kajian August Losch (ahli ekonomi) pada tahun 1941. Konsep asas teori ini juga dikaji dan dibincangkan oleh beberapa orang pengkaji lain.

Teori ini cuba mengaitkan penempatan-penempatan pusat (central places dengan kawasan-kawasan sekitar (hinterlands). Penempatan pusat (central place) didefinasikan sebagai sebuah penempatan yang memberi perkhidmatan kepada penduduk di kawasan sekitarnya. walaupun teori ini berguna dalam mengkaji struktur spatial wilayah namun harus di ingatkan ia hanya mempertimbangkan sektor perkhidmatan sahaja. dari itu ia hanya mampu menjelaskan sebahagian sahaja mengenai struktur wilayah.

nota dr. Habsah Hashim

0 comments:

Post a Comment